Thursday, March 11, 2010

salam..

bertatih..
bertanya..
sambil,
berdebar-debar dan juga tidak dapat
bersabar-sabar..

bulan dan bunga
bercahaya-cahaya
laksana
purnama pusaka menjadi
gerhana genta gelisah..

andai mati menjadi hujung
biar malaka menjadi tanjung
sedangkan umat muhammad bakal disanjung
ayuh..
mekah dan madinah perlu dikunjung
mengambil semi korban cinta terulung..
meratap sejarah yang bersambung
tinggallah kasih warisan agung
darahkan mengalir
hayat yang jauh
nafasnya belum tiba
namun kepul-kepul debu
menyesak dada
derap-derap kejap sayup
menggegarkan jiwa

-merah mata menghambur duka

Wednesday, March 10, 2010

Bermula sebuah perjalanan yang lama

Salam..

Pertama-tama adalah ucapan kesyukuran yang tak terhingga banyaknya
seperti..

'sebanyak makhluk yang diciptakan oleh Allah swt'
'sebanyak hati-hati pilihan yang diredhai oleh Allah swt'
'setinggi dan sebesar Arash yang diciptakan oleh Allah swt'
'sebanyak kalimah-kalimah yang memuji kepada Allah swt'

perjalanan ini diteruskan semula, dengan hela nafas yang segar..
seperti menghirup udara selepas hujan, .. dan di lembah ini memang hujan
tatkala petang pada senja usai sudah dan hembusan sejuk angin pun berlalu