Friday, September 11, 2009

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyapu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut malam Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Hamka
KeretaMayat.
(20 Ramadhan 1429H)

ps: Tak salah aku buat entry ulangan sebab dulu entry ini muncul di akhir Ramadhan..
salam..

lama sangat daku menunggu amalan nenek moyang yang penuh keberkatan iaitu.. sezaman kepada Nabi SAW dan para sahabat..

rindu yang tersangat-sangat kepada keinginan amal agama tanpa mengharap syurga atau neraka sebagai mana kata-kata para sahabat r.hum yang mashyur..

rindu yang tersangat-sangat untuk merasa lapar seperti keaadan para sahabat yang mengikat batu di perut dan bersama mereka Rasulullah berkeadaan seperti mereka..

rindu juga yang tersangat-sangat untuk doa mendoakan hidayah kepada semua umat Nabi SAW agar hidayah untuk amal agama sempurna ada dalam setiap kita hingga bayi sebelum kiamat dapat lafaz kalimah iman..

rindu untuk ikut nenek moyang pada zaman keberkatan meskipun ada penuh pengorbanan jiwa, kekurangan harta, kedaifan tempat tinggal dan hatta perang pertama iaitu Badar adalah pada bulan Ramadhan yang mulia.. dengan tadahan doa tangisan Rasulullah yang mulia..
(Ya Allah betapa Rasulullah telah jauh dari kami..isk)

-alangkah baik nya jika semua umat mengetahui balasan yang Allah SWT berikan kepada kita.
'Ka la ya laita kaumi ya'lamun'.. surah Yasin ..

Friday, January 23, 2009

setelah 26 tahun...

perjalanan kita belum berakhir.. mungkin bermula pun belum lagi..

perhimpunan 'istimaq' Julai bertahap dunia bakal di nilai Sepang,
setelah 26 tahun, kini tuan rumah adalah malaysia...

apabila tiba masanya menjadi tuan rumah adalah tanda, kita telah bersedia, untuk menambah korban pada kadar yang lebih daripada biasa..

maka sebelum,semasa dan selepas perhimpunan adalah situasi ujian-ujian pengorbanan bertahap luarbiasa..

pengujung-pengunjung blog hamka, ambillah peluang untuk menambah kefahaman beragama dengan meluangkan masa bersama-sama jemaah yang tak pernah meminta-minta pada wang, pangkat mahupun harta ..

hanyalah dipinta masa yang sekejap cuma untuk mengambil fikir tentang risau Nabi SAW kepada ummat..
mengambil jiwa kasih sayang Nabi SAW kepada ummat..

serisau pada tahap iman yang senipis kulit bawang.. pagi beriman, petang bermaksiat.. petang beriman, pagi pula kufur..

sekasih Nabi tidur yang bersela tangis, menyimpan doa paling mustajab di akhirat untuk menyelamatkan ummat..

hamka.. malam2 kita bakal singkat kerana mungkin doa kita belum cukup panjang dan kuat untuk menarik hidayah Allah swt.
doakan hamba jua ya..

-hmm

gaza_azag

salam..

berkata-kata dalam hati bilakah lagi islam itu mudah ...

mudah menusuk ke dalam hati..

mudah mengambil hati sekeras besi..

mudah mencairkan besi kufur yahudi..

mudah memaafkan yahudi sebagai balasan akhirat kekakl abadi..

semudah tangisan Nabi tatkala mayat si Yahudi diusung... sebagai mengenang bahawa Yahudi juga ummati.. ummati.. ummati..

mudahkah kita memahami jiwa Nabi seluas lautan tak bertepi..

mengharapkan hidayah ilahi melebihi boikot, mengeji dan mencaci?...

semudah kita melafazkan kehancuran..

semudah kita memforwardkan surah al fath dan al fiil mendoakan kebinasaan..

walhal.. untuk sahabat seperti Umar r.a yang telah mengangkat pedang bersedia membunuh Nabi..

berkat doa Nabi agar Allah swt memberikan beliau hidayah...

menyebabkan.. tatkala Nabi wafat, beliau lah yang pertama-tama mengangkat pedang untuk memenggal leher sesiapa yang berkata Nabi telah tiada..

kerana cinta dan sayang tak berbelah bahagi..

Umar menjadi begitu kerana cahaya iman dan islam..

manis nya iman dan islam..

mudah kah islam jika begini?

-ibn sabil