Saturday, July 22, 2006

Salah siapa kalau terlalu sensitif..

salam.

'jangan dekat..! aku kata jangan dekat..' eh! kenapa pulak, aku baru aje nak kuar rumah nie. apasal la...

'aku busuk..!! belum mandi..!!' eh! so what, tidak ada kena mengena dengan aku..!

'aku malu..!! aku malu la.. kalau cakap belakang ok, tapi bila berdepan macam nie, aku malu kau tahu tak..?' oo.. OMG! he did it again..

sahabat.. untuk menjadi sensitif itu perlu tapi bila kadar sensitif itu telah merampas hak aku menghormati seorang sahabat pada sepatutnya.. bukan salah aku untuk membiarkan hak sahabat itu menjadi satu lelucon.

aku bengang pada satu hubungan yang agak lama.. sampai ianya kalau pokok durian di tanam selama 8 tahun aku kira ia akan menghasilkan buah dah..
tapi selama ini julat kefahaman mengenali hati budi seorang menjadi semakin kusut dan tersangat payah untuk dimengertikan..

''Ya Allah, adakalanya manusia itu sangat lemah untuk mengaku bahawa kehidupan di dunia ini sangat sepi bila tiada sahabat bersama-sama untuk bergelak tawa.."

Thursday, July 20, 2006

Bila nama berkira-kira..


As_mawi adame_me
Jul 12, 2005 3:37 pm

timbul lah satu cerita mengenai ...

Secara jujurnya saya inginkan tulisan suami-suami yang lain. Kalau la dapat, isteri beliau pun membalasposting ini.. that will be fair kan.Tiada siapa salah dan tiada siapa betul. Cuma dalam nada yang penuhlinangan airmata, inilah kata-kata saya " dimanakah luhurnya wanitamelayu kita sekarang "Terlebih dahulu bagi semua ibu-ibu dan wanita yang berkerjaya, kalianadalah anugerah terbaik baik kaum adam yang bernama lelaki. Kaliansemua adalah yang terkuat di antara dua ciptaan hebat Allah SWT.Bilamana kalian mendapat sifat taat dalam keimanan dan ibadat.Unggulnya kalian bila Rabiatul Adawiyah membuktikan, cinta itu adalahperhubungan yang penuh displin dan pengorbanan. Sesiapapun mengenalicerita kasih sayang Siti Hajar, cerita ketaatan Siti Kadijah rha.

Saya: Emak.. mak, kenapa mak nak berhenti kerja mak?
Emak: Ish kenapa pulak along nie... Tak de apa-apa pun, mak saja naktengok along, angah and achik selalu. Sebab kalau mak pegi kerja,kesian tengok abah, nanti terkocoh-kocoh nak pegi kerja, nak hantar mak lagi, balik lewat dan yang paling penting mak nak lihat achik membesar depan mak.

Saya: along pun suka kalu mak ade kat umah, terasa best bila baliksekolah dapat jumpa mak. Tak sama kalu along makan ngan bibik, masakan ibu pula bestla.Skan bibik tak ade, mak ade lagi best.
Emak: Along.. mak masak makanan nie biasa aje. Cuma bila mak buatpersiapan masakan nie, walaupun leceh tapi pada setiap gerak dannafas mak, ada doa dan harapan. Mak doa agar anak mak sihat, dengarkata, rajin sembahyang dan paling penting agar semua kita sekeluargasaling sayang menyayangi antara kita. Mak juga harap agar along danadik adik menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Masakan bibiksedap juga tapi.. kurang ramuan "hati-hati menanam budi"

Saya: apa pulak nama ramuan "hati-hati menanam budi"?
Emak: ramuan ini adalah ramuan penting dalam keluarga kita. Jikaalong rasa masakan mak, mak dapat lihat kesan hati mak pada along.Kalu mak nampak along nie degil semacam je, mak akan masukkanrencah "doa rintih rayu pada Allah, agar jadikan makanan inimelembutkan jiwa anakku ini". Kalu along demam aje, mak akan masukkanrencah "doa maaf sedih pada Allah, agar jadikan makanan inimenyembuhkan badan anakku ini". Dalam hati (kalu untuk abah, di kalalelah dan penat die, mak akan masukkan rencah "doa pujuk rindu padaAllah, agar mengasihani dan menyayangi suamiku seperti kesayanganSiti Khadijah rha pada Rasulullah".)

Saya: apa bezanya kalu tiada rencah seperti mak buat?
Emak: rencah yang lain adalah "untung-rugi, akan mementingkan diri".Rencah ini biasa di guna kat kedai-kedai makan atau restoran, keranameraka ini peniaga, maka makanan yang masuk dalam tubuh mereka akanterlebih dengan rencah ini. Hal ini lah yang mak takutkan. Bila mak nampak abah along selalu sangat marah-marah, nie mesti keranaoutstation dan makan pun maggi mee aje. Kesiankan abah...

Saya: mak, along tak paham la mak nye rencah nie, mak dapat kat mana?
Emak: Along, rencah ini adalah rahsia kepada rumahtangga bahagia.Rencah-rencah ini dlm kandungan resipi "khidmat isteri pada suami".Okla along, tidur dulu, esok bangun awal, bila mak kejut bangun subuh nanti bangun tau,temankan abah ke surau. Esok kita cerita lagi.

Saya: "Ya Allah, doa ini untuk ibuku, agar Dikau kasihani ibusebagaimana dia mengasihaniku..."mak mesti tengah siapkan sarapan kami esok, uli tepong untuk roticanai.. entah apa rencah yang masukkan.. yang penting along sangat-sangat sayang ibu... bismikallah humma ahya wa amutt...zzz

Sunday, July 16, 2006


salam..

biarpun kita tak pernah menjangka waktu yang beredar
biarpun kita tak betah menahan niat yang berlegar

tetapi pada setiap detik dan saat ada perkara yang besar perlu kita sedar

'Ya Allah, saya adalah hambaMu yang lemah, seringkali berbuat salah
sama ada sengaja atau pun leka,
maka ingatkan saya dengan laungan azan pada setiap waktu..
agar saya kembali meletakkan dahiku ke tempat sujud..
biar tawa berganti hiba
biar lupa berganti ingat

bahawa saat yang susah... aku perlu tabah
bahawa saat yang senang... aku perlu syukur

-amin Ya rabbal 'alamin..
[dengarkanlah]

Assalamualaikum,
Allah Humma Barikli Alkhairi fi Hazihis alBait.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat create blog sendiri... ;)

Ya Allah berkatilah daku dan seluruh pengunjung blog ini nanti :)